Friday 24 July 2015

Karamel Hangus : Tingkatan 6/Pra-Universiti yang korang perlu tahu (saya dahulu ambil tingkatan 6)



Assalamualaikum semua, alhamdulillah masih diberi peluang lagi untuk hidup di atas muka bumi ini. Okay first of all thanks korang sudi singgah blog yang hina ni hahahaha. Ok2 stop it. Macam yang korang baca title tu HAKIKAT ABOUT FORM 6. Ok selama ni korang cuma baca blog orang yang tak ambil form 6 kan? Harini aku nak kongsi apa yang aku rase kat tingkatan enam. Kira aku ni berpengalaman lah kan? hehe. Ok, aku ni calon stpm 2015. Hm, bagi aku kalau korang nak amek form 6, there is the important rule korang kene cek diri korang :

1. Mental kene kuat. Okay ni memang syarat utama sebab korang akan under pressure gile2. Seriesly aku tak tipu. Even budak seklah aku ade yang quit in sem 2 sebab tak tahan tekanan. Gile kan? Gile tak gile la bruh! Lagi satu kan aku ade quote yang seram taw kalau nak masuk fom 6 ni " Masuk form6 ibarat gali lubang kubor" Hahaha seram kan? What the hell! Persetan quote jilake ni sebab quote tu bagi orang yang x study, paham x yang x study. Mcam aku ni haaa!

2. Pastikan korang memang betul2 nak belajar. Okay aku cakap macam ni pasal korang kene tahu yang sebenarnya ramai gile budak yang masuk form 6 ni sebab dorang tak tahu nak pegi mane. almost 80%. "Alaa aku tenga tunggu uitm ni" , "Mak aku suh masuk dululah nanti ade tawaran aku blah" , "SPA tak panggil aku lagi" and bla bla bla bla. Ni terjadi pada intake aku. Dorang ramai mengharap bende tak pasti. And end up, sem 1 x belajar lepastu dapat pointer rendah.Tapi ade je yang carry on sebab dah jatuh cinta dengan form 6! Kalau ade offer berbaloilah, kalau x de offer? Pointer sem 1 yg rendah akan bunuh semangat korang for next sem. Tak payahlah aku cerita pahit getir kerja kursus sem 2 Pengajian Am kan? huhu

3. Korang memang seseorang yang konsisten belajar. Jangan masuk kalau jenis x study, study main2, and so on. TOLONG LAH JANGAN. Better ambik poli, dip atau kemahiran. Sebab form 6 sangat banyak bende korang kene catch up. Kau bayangkanlah sejarah ade 10 bab, masuk exam 3. Kalau sc pulak lagila.. hmm tapi dua2 pun killer lah kalau jenis x study! Kau paham kan? Bende ni akan bunuh korang dok

Ini lah bagi aku yang saaaaangat penting. Guys, aku ni dulu amek fom 6 sebab saja2 and result teruk. So aku x nak korang jadik macam aku. Aku x percaya fom 6 susah, and then aku dah masuk Ya Allah memang susah. Series. lagi2 kalau jenis x study. Aku dulu amek aliran biologi. Korang, tolonglah jangan masuk kalau takde kekuatan. Aku tak menghasut tapi this is reality, fact. Even 8a in spm, bile korang x belajar memang akan jatuh. Ade classmate aku dulu 8a only get 2.0 pointer je. So aku nak sangat korang pikir and kaji tahap kemampuan diri korang. Sebab cikgu kimia aku (pn Subhadhra) pernah cakap "You must be DIAMOND, can stand in high temperature and high pressure if want to enter form 6" nampak tak semangat kental tu penting?

Tapi ade je budak yang berjaya and nak tahu ape kunci dia? Keep on STUDY STUDY STUDY and jangan lupe Allah. Keep on praying jaga hubungan dengan semua makhluk sebaik2 nya. As you know, STPM is the THOUGHEST EXAM IN MALAYSIA & 3RD IN ASIA. Yes it really true (walaupun aku tahu akan ade makhluk yang cakap "yeah belaja mane2 pun susah") ye aku tahu mane2 pun susah tapi stpm lain bro, kau tak amek kau diam. Tapi kalau korang jenis study memang cerah peluang! Tapi aku ada jugak side positif tentang stpm ni :

1. Untuk aliran arts, pointer 3.5 dah boleh choose pergi UM, UUM or u yang korang suke. Peluang memang cerah janji skor. Sebab ramai senior yang pointer 3.5 above pegi UM.

2. Teach you about selfconfident. Nama je kat sekolah tapi sistem lain. Korang akan banyak assignment and pembentangan.

3. Guys, sekarang dah boleh pakai baju bebas! Alaa macam g u or kolej :) hehe, so bye2 baju skolah..

4. Jimat duit sebab x de loan kan and dekat ngan ibu ayah :) Ok actually banyak lagi tapi sampai sini je eaaaa yang lain tuuuu malas type huhu

Ehsan Google


Okay sampai sini jelah boleh aku share pengalaman aku ni. Bagi yang dah betul2 ready nak masuk form 6 akak ucapkan Selamat Maju Jaya and never stop dreaming ok? hehe Okay next entry aku akan buat guide pasal mana yang terbaik untuk further study and compare between stpm, matriks and diploma. Okay korang kalau ade ape2 pertanyaan atau nasihat boleh drop email or comment nanti aku akan balas insyallah, Stay tuned! 

No comments:

Post a Comment